Berikut adalah cara-cara untuk anda memasukkan atau meletakkan koleksi mp3 ke dalam WinAmp anda. Terdapat 3 langkah dalam proses ini.
1. Langkah Pertama
Mula-mula klik button ADD kemudian tekan ADD FOLDER (atau menekan kekunci SHIFT+L)

2. Langkah Kedua
Anda kemudiannya akan dibawa ke bahagian pemilihan folder. Di sini pilih folder MP3 pilihan anda dan tekan button OK.

3. Langkah Ketiga
Selepas anda mengklik button OK, anda akan dibawa kembali ke paparan awal semula dan selepas itu siaplah proses memasukkan koleksi Mp3 anda.

Sekian.
0 Respon to “WinAmp : Cara-cara nak memasukkan atau meletakkan MP3”