Arkib untuk Julai 2009

Jinbara – Patri

Andai hati ini sang kecapi
Perasaan jadi talinya
Engkau memetik jari jemari
Berlagu irama duka dan lara

Andai tubuh ini boneka
Nalurinya benang sutera
Engkau dalang mengawalnya
Ke timur ke utara kemana jua
Aku hanya menuruti
Mengikut apa saja hukuman

Andai diri ini taman tasik
Sang kirana pula jiwa raganya
Engkau menjaring dengan senyuman
Dan mengurungkannya dari segala
Namun diri ini insani
Pasti ada kemahuannya

Kerna aku terpanah arjuna
sedikitpun tidakku menyesali
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci

·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-klik untuk download..~

Jatt – Tak Mungkin Bisa Sendiri

Apakah salahku
Sehingga berubah tingkah dan lakumu
Fikiran keliru
Membuat diriku ini bercelaru

Memikirkan sayang padaku
Bukankah pernah berjanji
Untuk saling memahami
Renunglah mataku
Agar jelas deritanya hati ini
Kupasti kau tahu

Tak mungkin aku bisa hidup sendiri
Engkaulah satu untukku
Sebagai seri hidupku
Hingga hujung hayat ini

(1)
Walau ada gelora
Jangan dilupa dirimu wanita
Milikku kini dan selamanya
Tak penah berubah

Biar separuh nafas
Hilang dariku tetapkan kubawa
Kau terbang merentas langit biru
Menuju bahagia

Sayangku ku pohon janganlah pergi
Bukankah pernah berjanji
Untuk saling memahami

(ulang 1)

Kuharap sekarang
Kau mengerti segala isi dadaku
Diriku dirimu
Biar bagai merpati dua sejoli

·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-

klik untuk download..~

Dilema lelaki hadapi kerenah pasangan suka mengongkong

HAMPIR setiap setengah jam telefon bimbit berbunyi. Tidak cukup menelefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) turut disertakan semata-mata inginkan kepastian serta maklumat terperinci mengenai lokasi dan sebarang aktiviti yang sedang dilakukan pasangan. Sampai begitu sekali untuk membuktikan perhatian dan kasih sayang?

Senario di atas nampak seakan remeh, tetapi itu antara sebahagian daripada adegan biasa yang berlaku di kalangan lelaki bila memiliki pasangan yang suka mengongkong. Mungkin bagi yang sudah berumah tangga itu dianggap sebagai ‘adat resam’ hubungan suami isteri, tetapi sebaliknya sekiranya sikap sebegitu dialami sebelum bergelar pasangan suami isteri.

Alamatnya, faham-faham sajalah dilema mereka kelak bila sudah berumah tangga dengan wanita yang suka mengongkong. Bukan sekadar terlalu ingin mengambil tahu perihal peribadi lelaki, sikap mengongkong wanita kadangkala membuatkan mereka juga ingin menguasai dan mengetahui setiap yang dilakukan pasangan.

Lebih parah lagi bila semua tindak tanduk lelaki ingin ditentukan termasuk menentukan warna pakaian, jenis kenderaan yang sesuai untuk mereka bersama kelak, kediaman yang selesa untuk dirinya sehinggalah kepada faktor sekeliling seperti teman yang boleh dibuat kawan atau tidak.

Mungkin sikap sebegitu dirasakan wanita sebagai pelengkap kepada perhatian dan bukti perhatian terhadap pasangannya, tetapi sekiranya segala aktiviti harus dilaporkan, selain harus mengikut setiap telunjuk mereka, apakah itu dikira langkah terbaik untuk kedua-dua pihak?

Perunding motivasi dan Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu, Prof Madya Md Izuddin Ali, berkata pada dasarnya lelaki tidak akan berasa tertekan dan bosan berhadapan dengan pasangan yang mengongkong pada awal perhubungan.

Tetapi, katanya, jika keadaan itu berterusan lelaki akan mulai jemu dan tidak menghairankan bila mereka memilih untuk mencari pasangan lain.

Beliau berkata, wanita tidak harus bersikap terlalu mengongkong, apatah lagi pada awal sesuatu perhubungan bagi mengelak sebarang krisis yang boleh mengakibatkan perhubungan yang baru menjadi hambar dan mencetuskan perbalahan akibat terlalu mengongkong.

Katanya, walaupun lelaki jarang menunjukkan sikap kurang senang dengan tindakan wanita yang suka mengongkong, pada dasarnya mereka berasa rimas dan kurang senang dengan perawakan wanita sebegitu.

Apatah lagi, bila sudah mendirikan rumah tangga yang mana setiap pergerakan suami ingin diketahui isteri sehingga pada tahap yang tidak sepatutnya.

“Akibatnya, suami lebih mudah berasa tertekan apabila sering diajukan pelbagai pertanyaan yang menjurus kepada perbalahan. Lebih-lebih lagi bila suami pulang lewat ke rumah, mulalah pertanyaan demi pertanyaan disasarkan kepada suami yang sebenarnya boleh mengundang parah daripada segi perhubungan suami isteri.

“Tidak salah sekiranya wanita ingin mengambil berat perihal pasangannya, tetapi biarlah kena dengan caranya. Lelaki lebih selesa sekiranya didekati dengan cara berhemat serta melalui pendapat bukannya soal jawab,” katanya yang begitu dikenali sebagai perunding motivasi di stesen radio popular, Hot FM.

Md Izuddin tidak menolak faktor takut kehilangan pasangan menyebabkan seseorang wanita itu bersikap mengongkong, walaupun sedar perbuatannya itu tidak digemari.

Katanya, faktor lain yang memungkinkan wanita berkelakuan sebegitu ialah kerana ingin menunjukkan kehebatan mereka dalam menguasai lelaki. Lebih-lebih lagi, jika segala telunjuk dan permintaan mereka dituruti.

“Boleh jadi juga wanita yang mengongkong ini tidak yakin pada dirinya, apatah lagi sekiranya pasangan mereka mempunyai kelebihan umpamanya kacak dan mempunyai personaliti menarik yang mungkin ditakuti.

“Justeru, dengan tindakan mengongkong, wanita itu akan berasa lebih selamat bagi memastikan lelaki itu kekal menjadi miliknya,” katanya.

Bagaimanapun, Md Izuddin tidak menolak ada juga lelaki yang gemar mengongkong wanita. Tetapi kebiasaannya faktor itu hanya berlaku dalam perhubungan percintaan semata-mata.

Mengulas lanjut senario itu, beliau berkata, sesuatu yang umum bagi lelaki bersikap mengambil tahu setiap perkara yang dilakukan pasangan apatah lagi sekiranya masing-masing belum berkahwin, sebaliknya faktor mengongkong itu hampir pasti semakin pudar bila sudah mendirikan rumah tangga.

Katanya, faktor sudah memiliki dan ‘menguasai’ pasangan sebagai isteri menyebabkan lelaki kurang bersikap mengongkong, sebaliknya berbeza pula dengan wanita yang sudah bergelar isteri.

“Mungkin ketika zaman bujang lelaki risau pasangan mereka disunting lelaki lain, tetapi bila sudah mendirikan rumah tangga, tentu perasaan sebegitu tidak lagi membelenggu jiwa lelaki. Tetapi wanita pula semakin merasa gelisah kerana lelaki pada dasarnya masih boleh memasang dua, tiga dan empat isteri.

“Kelakuan suami memang harus dipantau, tetapi usahlah isteri terlalu mengongkong secara keterlaluan hingga menyekat kebebasan pasangan mereka sehinggakan ada yang campur urusan kerja dan hubungan sekeliling suami. Tidak harus menyekat kebebasan sehingga diri sendiri menentukan siapa yang harus suami berkawan atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya sikap mengongkong tidak dibendung lebih awal, lambat laun ia boleh memakan diri terutama bagi mereka yang gemar bersikap berdiam diri. Faktor berdiam diri memungkinkan seseorang itu akan bertindak lebih teruk sekiranya kemarahan sudah tidak dapat dibendung.

“Lelaki lebih banyak memendam perasaan bila berhadapan dengan wanita yang suka mengongkong. Mungkin sesekali boleh diterima, tetapi buruk akibatnya bila hati sudah tidak tahan diperlakukan sedemikian yang boleh menyebabkan perkelahian dan merenggangkan hubungan,” katanya yang tidak mahu menyalah atau menuding jari sepenuhnya ke atas wanita yang mengongkong kerana sikap lelaki sendiri kadangkala membuatkan wanita ragu dan keliru.

Bagaimana pula bila kedua pasangan mengongkong sesama sendiri?

Kata Md Izuddin, adalah sesuatu yang tidak elok dalam perhubungan sekiranya kedua pasangan menuding jari dan mengongkong sesama sendiri. Mengumpamakan perhubungan itu seperti tenaga negatif yang menyatu, masing-masing cuma mencari kelemahan pasangan selain bertanyakan pelbagai persoalan yang boleh mengakibatkan hubungan menjadi retak.

“Sebagai contoh, bila isteri tidak membenarkan suami bersama teman mengikuti aktiviti golf, suami pula tentunya inginkan keadilan termasuk mengenakan syarat sama dengan menyekat isteri bergaul dengan rakan wanita yang sibuk berpersatuan umpamanya.

“Bila keadaan sebegini berlarutan, lambat laun ia hanya akan mencetuskan perbalahan dan tidak mustahil mengakibatkan perpisahan sebagai jalan terakhir mengakhiri konflik perbalahan,” katanya.

Justeru, Md Izuddin menasihatkan mereka yang mengongkong supaya melihat sikap diri sendiri sebelum bertindak mengongkong pasangan.

Hakikatnya, terlalu sukar untuk menilai bentuk perhubungan seseorang daripada segi luarannya. Mungkin ada di antara mereka suka dengan cabaran dalam sesuatu perhubungan. Maka, api cemburu, saling mengongkong dan panas baran dirasakan menguatkan lagi ikatan kasih sayang.

Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam!

5 Faktor wanita mengongkong:
# Kurang keyakinan diri
# Takut kehilangan orang yang disayangi
# Takut pada bayang-bayang sendiri
# Pengalaman kekasih curang sebelum ini
# Ingin menguasai perhubungan

5 Cara memenangi hati lelaki:
# Jangan sering memaksa
# Memahami dirinya
# Menerima baik buruk sikapnya
# Memuji dan menyokong kejayaannya
# Hindari perasaan cemburu, mengumpat dan kebudak-budakan

(sumber: http://intim.wordpress.com)

25 Tips Untuk Kekal Bercinta

25 Tips Untuk Kekal Bercinta:

  1. Jaga Penampilan Diri, kerana semua orang suka dengan kekemasan & kecantikan. Persepsi pertama adalah sangat penting & jangan tonjolkan keburukkan anda pada awal pertemuan.
  2. Ikhlas Dalam Memulakan Perhubungan, jangan malu untuk jadi diri kamu sendiri. Bukannya berlakon dan berlagak seperti orang lain yang akhirnya akan menjerat diri sendiri.
  3. Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.
  4. Sentiasa Berfikiran Positif, datang Untuk bertemu si dia dengan penilaian yang kosong dan tidak curiga. Dengan berfikiran positif anda lebih mudah menerima seseorang.
  5. Ketika anda berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakkan tangan. Renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.
  6. Elakkan Mengguna Perkataan Berunsur Negatif Seperti (Saya Tidak Suka). Lebih baik bercerita tentang kesukaan masing–masing. Gunakan ayat positif seperti (Saya Suka).
  7. Pada pertemuan pertama, jangan fokuskan perbualan tentang masalah, kesibukan kerja dan sebagainya. Si dia tidak datang untuk berasa sedih. Maka gembirakanLah si dia.
  8. Jangan Kedekut Dengan Kata Pujian, berikan pujian seikhlas hati anda tapi jangan sampai berlebih-lebih. Anda boleh memuji warna bajunya, rambut, kasut dan sebagainya.
  9. Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, tolong dalam perkara–perkara kecil seperti mengangkat beg, membuka pintu. Ini menunjukkan yang anda prihatin.
  10. Jangan Bersikap Sombong, Sebaliknya Jangan Abaikan Unsur Humor. Ini memberi tanda bahawa anda boleh didekati dan bersikap terbuka untuk menerima hubungan baru.
  11. Jika Kekasih Anda Melakukan Kesalahan, Beri Dia Peluang Untuk Memberi Keterangan. Mungkin dia ada alasan KUKUH atas perbuatannya, jangan sampai anda yang malu sendiri.
  12. Apabila Anda Melakukan Kesalahan, Jangan Malu Untuk Mengakuinya. Ringan mulut untuk mengucapkan perkataan maaf. Tunjukkan keikhlasan dan jangan sekali-kali mengulanginya.
  13. Cari Waktu Yang Sesuai Untuk Membincangkan Masalah. Persekitaran atau iklim komunikasi yang baik, dapat mempengaruhi perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah.
  14. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Jangan Gunakan bahasa Tersurat. Lebih baik berterus-terang supaya pasangan anda faham akan perkara yang hendak disampaikan.
  15. Jangan Terlalu Menunjukkan Yang Anda Adalah Sangat Baik & Sempurna. Dengar dahulu penjelasan kekasih anda, walaupun dia bersalah & lebih baik bersikap merendah diri.
  16. Ketika membincangkan sesuatu masalah, tumpukan kepada masalah, persoalan dan jalan penyelesaian, bukannya dengan menyalahkan atau menunding jari kepada sesiapa.
  17. Jangan sekali-kali membandingkan kekasih anda dengan orang lain, terutamanya, bekas kekasih mahupun kawan-kawan baik anda, seolah-olah anda lebih mementingkan mereka.
  18. Semua orang mempunyai ego. Hormati ego kekasih anda dan jangan merendahkan ego kekasih anda dihadapan orang ramai. Jika dia sedang marah, lebih baik berdiam diri.
  19. Gunakan daya pujukan yang tinggi semasa menangani kekasih yang sedang merajuk. Gunakan kata-kata dan janji-janji manis. Tetapi ingat! Jangan menabur janji.
  20. Setiap masalah harus diselesaikan, bukannya ditinggalkan degan alasan (Lupakan Saja). Suatu hari nanti, masalah itu akan berbangkit dan membawa masalah baru yang lain.
  21. Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana disebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan.
  22. Gunakan ganti nama yang mesra anda & diri sendiri. Panggil dia dengan Nama yang lain daripada yang orang gunakan. Ini memberi keistimewaan kepadanya.
  23. Kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya.
  24. Ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, seperti berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda.
  25. Dekati hobi kekasih anda, dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama.

(sumber: http://koleksicinta.com)

50 Tips Pikat Lelaki

50 Tips Pikat Lelaki:

  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  28. Agresif.
  29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
  32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

(sumber : http://koleksicinta.com)

Apa Perempuan Tak Suka & Apa Pula Yang Lelaki Jawab

Ape pompuan tak suka dan apa lelaki jawab:

P=pompuan & L=lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA

P=Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

L=Kalau tinggikan suara dikatakan ego.Kalau rendahkan suara cakap perlahan dikatakan macam cakap dalam kelambu. Kalau halus suara dikatakan pondan !!

2. MAIN KAYU TIGA

P=Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

L=Yang menggoda lelaki tu…. bukan perempuan ker? Kenapa dah tau lelaki tu ada awek pun pompuan sanggup goda lelaki? Nak salah laki juga ker? Lain ler kalau yang mengoda laki tu si jantan jugak!!

3. SUKA ‘CUCI MATA’

P=Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

L=macam ler pompuan tak penah cuci mata !! Siap boleh cakap ‘ alamak hensemnya !” depan bf sendiri. Ada lelaki marah ker? Lelaki cool jer la…. tak rasa tercabar pun….

4. MENGONGKONG

P=Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu?

L=Kalau kita tak tanya , tak ambil tau dikatakan tak caring la… tak romantik la…. macam-macam tak lagi la…. Dah ambil tau…dikatakan mengongkong!! Saja nak cari gaduh la tu…!!

5. EGO

P=Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

L=Kalau rimas ngan ego lelaki… jadi la les….. tak payah pk pasal ego lelaki! Lelaki mana yang dijadikan sebagai pemimpin wanita tak ada ego! Pondan pun ada ego …!!

6. MENIPU

P=Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

L=Bila lelaki cakap yang benar pompuan tak nak percaya. Pompuan cuma nak dengar apa yang sesuai dengan pendapat dia. kalau hitam dia kata, lelaki pun kena kata hitam walaupun benda tu putih..!! Benda ni pun 2 x 5 …la….

7. PERASAN

P=Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!

L=Itu juga tanggapan pompuan saja. kerana perempuan perasan mereka cantik dan dengan senangnya dapat menawan mana-mana lelaki hensem. Tapi sayang lelaki hensem ini terpikat pada perempuan yang plain dan tak menarik di pandanag pompuan perasan tu. Tu yang kutuk sakan…..!! pastu kutuk ada jantan muka cam tongkang pecah ank ngorat dia..etc…! Lelaki tak penah menghina pompuan dengan gelaran tongkang pecah…..

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

P=Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

L=pompuan hanya mahu perasaan mereka dijaga. Tidak penahkan mereka terfikir nak jaga perasaan lelaki?

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

P=Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

L=kalau diberikan perhatian yang penuh dikatakan MENGONGKONG !!

10. CEMBURU BUTA

P=Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

L=Takkan tak penah dengar pepatah CINTA ITU BUTA. Bila laki cemburu dikatakan cemburu buta….. betul ker cemburu buta. Kalau laki cuci mata dah boleh buat pompuan isytihar perang besar tu cembru apa hah? barangkali itu bukan cemburu tapi BUTA PERUT !!

11. MATA DUITAN

P=Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

L=Dah tau tak lojik mengapa biar sampai terkikir. Nampak sangat pompuan tak guna akal. And I believe pompuan yang tulis artikel ni lagi la tak guna akal!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

P=Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja.
Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

L=takde keja nak bagi anak orang makan apa? pasir ? tanah?
ulat lam batu pun boleh mati !! ingat senang ker nak dapat kerja….! berjuta penganggur tu. Tak reti bersyukur langsung pompuan ni yang dapat laki yang komited ngan kerjaya!!

13. PANAS BARAN

P=Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak tendang? Kalau nak sepak tendang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

L=dah tau laki panas baran nak jugak kat laki tu. Pilihan berlambak…!! takpun laki tu dah cakap elok2 taknak dengar..sape x panas.orang cakap semua xnk caya.

14. KAKI MEROKOK

P=Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

L=cari jer la orang yang tak merokok. Dah kenal sejak azali laki tu merokok. yang nak jugak kat dia buat apa? Bukan dia merokok selepas kenal pompuan tu…

15. PENGOTOR

P=Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

L=Nak suruh lelaki pakai parfum yang sebatu pun orang boleh cam… macam pompuan pakai? jarang basuh seluar tu.. maknanya pasangan jantan tu pemalas & pengotor jugak..

16. GELOJOH

P=Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

L=Gelojoh.. isu yang sengaja ditimbulkan… kalau nak lihat kegelojohan yang sebenar pegi kenduri kawin tengok sapa yang gelojoh nak makan, gelojoh nak bergosip… gelojoh nak tayang barang kemas….gelojoh tayang bodi…

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

P=Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

L=kawan-kawan tak ajak keluar selalu.. kalau ada aktiviti baru ajak…
pompuan… dia rasa boring jer… ajak je laki keluar tak kira masa..!!

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

P=Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya.
Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

L=Lelaki menghargai dengan kejujuran hati bukan dengan kata-kata. Kata-kata boleh disalah tafsirkan oleh pompuan. Lelaki wat keje x kecoh2 cam pompuan.

19. PUTAR BELIT

P=Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

L=‘putar belit’ ini ialah istilah pompuan bagi mana-mana jawapan anda yang tak sam dengan dengan apa yang terkandung dalam fikiran nya. ditambah pula dengan batu-batu api…. mengapi-api….. citer yang bukan-bukan…..! Lihat siapa yang karang kan email layang yang heboh satu malaya, siapa yang heboh sms layang yang tengah hot ni.. Jantan ker?

20. SUKA KONTROL MACHO

P=Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!.

L=lelaki yang tidak ada keyakinan diri buat apa. Kalau nak tunggu pompuan kata macho baru nak yakin dirinya macho… baik tak payah jadik lelaki. pondan pun lagi macho kalau macam tu… sekian harap maklum..

p/s: jangan gaduh2, yang penting gunakan artikel ni untuk kite lebih memahami. kita same je baik pompuan atau lelaki. same2 ada kekurangan. jangan terlalu harapkan KESEMPURNAAN pada pasangan. Ambik sebagai pedoman hidup..Setiap orang berbeza sifat dan perangai. Cubalah saling memahami.

(Sumber : Wan.mus.com)

AXL’s – Akulah Kekasih Mu

(1)
Itukah dia kekasih yang pernah berjanji
Memberi cinta untukmu sepenuh hati
Ia akan menyesal suatu hari nanti
Apabila ia mengetahui
Kekasihmu ini ingin kembali

Tahukah engkau ia tak sepadan denganmu
Walau beribu bisik janji ia merayu
Kekasihmu ini terlalu ingin kembali
Semenjak ia mengetahui
Kekasihmu itu membuat kau bersedih

(2)
Oh kekasihmu ini akan merasa gembira
Andai dapat bersama untuk selama-lamanya
Hanya untuk menyayangimu
Hanya untuk bercinta lagi

Andai engkau berduka
Aku yang pertama di sisi
Andai engkau bahagia
Aku kan terus berdoa

Semoga suatu masa
Pintu hatimu kan terbuka
Dan kita akan kembali
Bercinta lagi

Aku akan kembali
Walau jalan berliku
Kernaku kekasihmu
Hingga ke akhir hayat

(ulang 2 & 1)

·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-

klik untuk ambil..~

Kristal – Semua Bayangan

(1)
di waktu malam diterangi bulan dan bintang
aku terkejut tidur ketika bermimpi
bertemu dengan seorang gadis yang manja
betapa gembiranya

(ulang 1)

bahgia rasa
di malam itu
ku ditemani
gadis rupawan

bila ku sedar dari tidurku
rupanya aku bermimpi
tapi ini semua bayangan

(ulang 1)

hatiku masih
mengenangkannya
siapa dia
ku bermimpi

paras rupanya masih teringat
mungkinkah aku bertemu
tapi ini semua bayangan

(ulang 1)

·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-

klik untuk ambil..~

Shah Indrawan – Rindu Terhenti

(1)
Telahku tinggalkan
Memori silamku itu
Tidak ku biarkan
Hidupku dibelit pilu

Walau duka menampar dada
Walau sepi mencalar hati
Rindu ku terhenti

(2)
Ku pinggirkan sayu
Yang merundum kalbuku
Kasih dulu ku biar berlalu

Ku pinggirkan lara
Yang bertaut di jiwa
Ku teruskan hidup tanpa dia

Padam nyala patah tumbuh
Hilangkan berganti
cinta tiba, cinta pergi
Yang azali ku nanti

(ulang 1)

Ku lupakan mu jua di sini
Sedang kau pergi menjauhi

(ulang 2)

·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-·-

klik untuk ambil..~

XPDC : Selendang Merdeka

Ku tak risau atau sasau
Takut kalau untuk menjangkau
Ku tak jeran atau seram
Biar lawan gagah bak syaitan

Tujuh gunung tujuh laut
Tujuh rimba ku seberangi
Alam kosong alam misal
Alam khayal dah kutinggalkan

Pahit maung sirih pinang
Kapur gambir habis ku kunyah
Ular sawa cicak kubing
Naga sakti aku tak gentar

Lepas mati aku hidup
Hidup merdeka

Sini sana sama saja
Aku sama sama saja
Aku merdeka
Merdeka (3x)

Lagu : IZO XPDC
Lirik : LOLOQ
Album : “KITA PENG-YU”