Arkib Harian: 1 November 2011

Fotograf – Dilena Namamu

Fotograf – Dilena Namamu

Mengapa namamu disebut di corong bualan
Mungkin sama tapi lain ejaan
Atau lain gerangan
Ada lagi beribu
Dan engkau.. satu di hati

(1)
Mengapa tidak namamu hanya satu sahaja
Tentunya mereka tak menggangguku
Agar aku sahaja
Tahu engkau di mana
Engkau milik ku

Yang hanya engkau dan aku
Mengalun sejahtera
Di ruang angkasa
Baru lena ku dibuai aman semula
Dan hanya aku yang bisa pujuk setia

Dengan cinta
Dengan kasih
Dengan sayang
Asmara..

(Ulang 1)


Membaca, Menulis, Jaga, Rasa.

Membaca membuka minda,
Menulis membuka rahsia;
Membuat kamu yang terjaga,
Dapatlah apa yang patut dirasa.


Berserah.

“serah yang sebenar berserah kepada Allah
adalah kamu mengaku betapa fakirnya kamu
tiada mempunyai apa-apa
miskin semiskinnya.”


Pandai, Bodoh, Kaya, Miskin.

Pandai jadikan kamu kaya,
Bodoh jadikan kamu miskin papa;
Kaya senang, tersilap jadi alpa,
Miskin susah, jika ingat terbukalah rahsia.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.