Sesungguhnya
tidaklah aku menyangka
kekasih lama
ingin bersua denganku
masih teringat ia padaku
yang suatu waktu
aku pernah bertakhta dihatinya
menjadi penghibur kala sunyinya
Sungguh
aku tidak menyangka
mahu dia bertemu denganku
sebelum merantau ke luar negara
berjumpa dengannya
mungkin buat kali pertama dan terakhir
mungkin akan menjadi
sebagai kenangan
yang akan aku ingati.